Anugerah PERSAMA Terdahulu

Anugerah PERSAMA 2012

Pihak PERSAMA mengalu-alukan pencalonan dari guru-guru di sekolah untuk bahan-bahan ilmiah untuk Anugerah PERSAMA 2012 bagi kategori berikut.

  • Rekacipta Matematik
  • Rencana popular

Hadiah bagi pemenang utama dan pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA.
 
 

GARIS PANDUAN ANUGERAH PERSAMA 2012

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1.    Calon adalah rakyat Malaysia.

2.    Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.

3.    Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2011.

4.    Karya tersebut tidak dihasilkan oleh ahli Majlis Eksekutif PERSAMA/ ahli jawatankuasa/ panel hakim pertandingan (sepenuhnya atau bersama). 
5.    Keputusan panel hakim adalah muktamad.

KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK

Penyertaan adalah dibuka kepada semua ahli akademik bidang sains matematik. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menghasilkan daya kreatif dan inovasi dalam bidang sains matematik di kalangan ahli-ahli akademik bidang ini. Hasilan rekacipta mestilah berbentuk idea, konsep, sistem, proses, teknik atau perisian yang mempunyai elemen matematik.

Kriteria Rekacipta Matematik :

1.    Mempunyai elemen matematik

2.    Rekacipta asliatau baru

3.    Hasil dari penyelidikan

4.    Mempunyai nilai komersil

5.    Kepelbagaian gunaan

6.    Mesra pengguna

7.    Rekacipta yang telah memenangi mana-mana anugerah daripada mana-mana persatuan selain dari PERSAMA boleh dipertimbangkan

Hasil rekacipta yang dicalonkan (dalam bentuk CD dan/atau poster/pamplet dsbnya) bersama-sama borang
penyertaan hendaklah dihantar kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA 2012 sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 31 Mac 2012.

KATEGORI RENCANA POPULAR

Salah satu matlamat PERSAMA ialah untuk mendidik masyarakat umum tentang peranan dan keberkesanan sains matemtik dalam pembangunan negara khususnya Malaysia. Anugerah ini dizahirkan khas kepada para penulis yang mampu membantu PERSAMA untuk mencapai matlamat ini. Penulisan yang membincangkan permasalahan pendidikan sains matematik di tanah air pada semua peringkat juga akan dipertimbangkan.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk yang telah diterbitkan (bukan fotokopi) bersama-sama borang penyertaan kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA 2012 sebelum tarikh tutupnya iaitu pada 31 Mac 2012.

Dengan ini, pihak PERSAMA mengalu-alukan penyertaan daripada semua penulis tempatan untuk merebut anugerah ini tertakluk kepada syarat-syaratdan kriteria berikut :

Kriteria Rencana Popular :

1.    Penulisan berkenaan hendaklah terbit dalam akhbar ataumajalah tempatandalam tahun 2011.

2.    Penulisan yang terbit dalam majalah dalaman yang agak luas skop pembacanya juga akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti). 
3.    Mempunyai elemen sains matematik.

4.    Jalan bahasanya sesuai kepada mereka yang berkepakaran di luar bidang sains matematik.

5.    Keutamaan diberikan kepada penulisan dalam Bahasa Malaysia.