Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA 2012
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Kemaskini Maklumat Pengguna
Info OMK 2013
Surat Hebahan OMK 2013
Borang Bayaran OMK
Maklumat Lanjut OMK 2013
Info OMK
Keputusan 2012
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2010
Contoh Soalan - OMK 2011



 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 36 Num 2 2013 PDF Cetak
Thursday, 07 March 2013
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 36 • Number 2 • 2013
 
Anugerah Persama 2013 PDF Cetak
Tuesday, 05 March 2013
SEMUA KETUA JABATAN
SEMUA KETUA JABATAN
SEMUA AHLI AKADEMIK
GURU-GURU
SEKOLAH-SEKOLAH
MEREKA YANG BERKENAAN

Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2013 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 21 (SKSM21) di Pulau Pinang pada 6-8 November 2013.
Selanjutnya...
 
Hebahan Mengenai OMK 2013 PDF Cetak
Friday, 08 February 2013
Tarikh Pertandingan:
13 Julai 2013 (10:00 pagi – 12:30 tengahari)

Tempat:
Di negeri masing-masing (Universiti atau sekolah berhampiran)

Yuran :
Bagi sekolah yang menjadi Ahli Institusi PERSAMA
  • Pasukan pertama (Setiap Kategori) : RM 32.00
  • Pasukan berikutnya (Dalam Kategori yang sama): RM 44.00
Bagi sekolah yang bukan Ahli Institusi PERSAMA
  • RM 100.00 bagi setiap pasukan.

Pendaftaran : “online” di laman web http://persama.org.my

Tarikh Tutup Pendaftaran : 13 Jun 2013
 
 
Surat Hebahan OMK 2013 PDF Cetak
Thursday, 07 February 2013

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2013

 Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik  alaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 13 Julai 2013 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30  tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

 

Berikutnya...

 
Bengkel International Mathematical Olympiad (IMO) 2013 Ke-2 PDF Cetak
Wednesday, 06 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar berikut telah terpilih untuk ke bengkel tersebut:


Bengkel ini adalah anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan kerjasama Pusat PERMATApintar Negara, UKM.

 

Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 14 – 18 Januari 2013 (Isnin – Jumaat)
Tempat: Pusat PERMATApintar Negara, UKM, 43600 Bangi, Selangor.
Pendaftaran: 14 Januari 2013, jam 3.00 – 5.00 petang, bertempat di Pejabat Perkhemahan (bangunan utama, wing sebelah kanan).
03-89217521 (pejabat perkhemahan)
03-89217523 / 019-2514743 (Dr. Nor Sakinah)
03-89217503 (pejabat utama).
Bersurai: 18 Januari 2013, jam 12.30 tengahari.
Pakaian: Pelajar diwajibkan berpakaian kemas sepanjang tempoh bengkel. Selipar serta seluar pendek adalah tidak dibenarkan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi IMO Malaysia, Prof. Dr. Arsmah Ibrahim ( Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya ).

 

Kepada guru-guru pengiring untuk tempahan penginapan:

- Sila hubungi Cik Aqilah/Amydie/Dian 03-89217521.
- Bayaran sekitar RM14 sehari (hostel PERMATApintar).
- Makan boleh beli sendiri di cafetaria PERMATApintar.

 
Bengkel International Mathematical Olympiad (IMO) 2013 Ke-1 PDF Cetak
Tuesday, 05 February 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa 55 orang pelajar berikut telah terpilih untuk ke bengkel tersebut:


Bengkel tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

 

Tarikh: 14 – 18 Disember 2012
Tempat: Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Pendaftaran: 14 Disember 2012, 3.00 –5.00 petang
Bersurai: 18 Disember 2012, 1.30 tengahari
Pakaian: Pelajar diwajibkan berpakaian kemas sepanjang tempoh bengkel. Selipar serta seluar pendek adalah tidak dibenarkan.

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami TIDAK akan menanggung sebarang perbelanjaan untuk perjalanan pergi dan balik peserta ke bengkel ini kecuali kos penginapan, makan minum dan kos latihan sahaja sepanjang tempoh program.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi IMO Malaysia, Prof. Dr. Arsmah Ibrahim di talian 012-2107620.

 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 36 Num 1 2013 PDF Cetak
Monday, 04 February 2013
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 36 • Number 1 • 2013
 
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2012 PDF Cetak
Thursday, 27 December 2012
Anugerah Felo PERSAMA   Prof Madya Mat Rofa Ismail Universiti Putra Malaysia
Selanjutnya...
 
Mesyuarat Agung Tahunan 2011/12 PDF Cetak
Wednesday, 12 December 2012
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011/12

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2011/12 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 19 Disember 2012, jam 10.00 pagi, Bilik Putra 4, Hotel Palm Garden, Putrajaya.

Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan:


1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2010/11
2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2010/11
3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2011/2012
4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2012
5. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

Maslina Darus
SK PERSAMA
 
Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Vol 35 Num 4 2012 PDF Cetak
Friday, 03 August 2012
Klik sini untuk lihat isi kandungan penuh Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society Volume 35 • Number 4 • 2012
 
Makluman Terkini & Senarai Pusat Pertandingan OMK 2012 PDF Cetak
Wednesday, 27 June 2012

Makluman Terkini Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2012

  • Pertandingan OMK 2012 akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 7 Julai 2012 (Sabtu), Jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
  • Setiap peserta dari sekolah terlibat diminta berada di pusat pertandingan masing-masing selewat-lewatnya sejam sebelum waktu pertandingan untuk urusan pendaftaran. (Sila pastikan setiap pelajar membawa kad pengenalan atau kad pelajar)
  • Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan buku sifir dan mesin hitung semasa pertandingan.
  • Sila lihat lampiran untuk mengetahui Pusat Pertandingan OMK 2012 bagi sekolah masing-masing.

Lampiran:
 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 11 dari 48
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA